Posts

TIPS USAHAWAN BERJAYA

Image
Untuk menjadi usahawan yang berjaya pentingnya untuk mengetahui tips yang betul demi keberlansungan perniagaan yang berjaya.  Antaranya adalah: Aliran Tunai Yang paling penting untuk usahawan kecil adalah aliran tunai (cashflow). Pengurusan aliran tunai yang baik adalah bertujuan supaya anda mempunyai wang tunai yang cukup di tangan apabila anda memerlukannya. Sediakan aliran tunai dan sentiasa kemaskini sekurang-kurangnya sebulan sekali. Ia membolehkan anda untuk menentukan keperluan tunai perniagaan anda dalam usaha untuk perniagaan terus berkembang maju. Modal – Mulakan Secara Kecil-kecilan. Apabila memasuki pasaran baru atau mengeluarkan produk baru, ia adalah bijak untuk memulakan secara kecil- kecilan dan berkembang perlahan-lahan. Ramai orang membuat kesilapan bermula dengan modal yang besar dan kemudian menyedari mereka perlu membuat pelarasan atau perubahan selepas beberapa percubaan dan kesilapan. Ianya merugikan anda. Fokus Fokus pada satu p

CIRI-CIRI USAHAWAN YANG BERJAYA

Image
Untuk menjadi seorang Usahawan yang berjaya, maka seorang usahawan itu perlulah memiliki ciri-ciri ini bagi menjadi seorang usahawan yang berjaya kelak.  1. Tidak Mudah Berputus Asa Maksud berputus asa boleh digambarkan sebagai suatu keadaan di mana seseorang usahawan itu merasakan satu perasaan seperti tiada lagi harapan lagi untuk berjaya dan berhenti melakukan sesuatu hal (Saat Sulaiman, 2008). Hal ini demikian, sering berlaku kepada individu yang baru menceburi bidang perniagaan. Keadaan ini berlaku kepada mereka yang baru sahaja membuka perniagaan mereka, dan secara amnya, keadaan ini berlaku disebabkan beberapa faktor. Menurut laman sesawang milik Irfan Khairi, tiga sebab mengapa kita berputus asa adalah yang pertama kerana kita merasakan tiadanya jalan penyelesaian, yang kedua adalah kerana terlalu banyak kata-kata negatif yang bermain di minda, manakala yang terakhir adalah kerana letih dan penat untuk berusaha. Dalam konteks perniagaan, masalah yang sering tim

APA ITU USAHAWAN??

Image
Apa Itu Usahawan? Perkataan usahawan dalam bahasa inggeris ‘enterpreneur’ berasal daripada bahasa perancis. Maksud enterprendre ialah memikul tugas atau mencuba. Selain itu, usahawan adalah individu yang mengusahakan satu perusahaan manakala peniaga ialah orang yang berniaga. Sebagai contoh, niaga adalah perkataan terbitan iaitu secara gambaran kegiatan perniagaan kecil-kecilan. Sebaliknya, perusahaan dikaitkan dengan saiz kegiatan yang besar kecuali perusahaan kecil. Disamping itu, usahawan juga ditakrifkan sebagai seorang yang mengusahakan sesuatu perniagaan sehingga lebih bermotif kepada keuntungan disamping mengamalkan amalan- amalan yang strategik. Takrif bagi perkataan usahawan dan keusahawanan sangat luas dan berbeza mengikut individu. Kamus Dewan Bahasa Edisi keempat mendefinisikan bahawa usahawan ini merupakan seorang individu yang mengusahakan sesuatu perusahaan atau syarikat. Usahawanan juga dikaitkan dengan keusahawanan atau kegiatan dan kemahiran usahawanan seper