APA ITU USAHAWAN??


Apa Itu Usahawan?

Perkataan usahawan dalam bahasa inggeris ‘enterpreneur’ berasal daripada bahasa perancis. Maksud enterprendre ialah memikul tugas atau mencuba. Selain itu, usahawan adalah individu yang mengusahakan satu perusahaan manakala peniaga ialah orang yang berniaga. Sebagai contoh, niaga adalah perkataan terbitan iaitu secara gambaran kegiatan perniagaan kecil-kecilan. Sebaliknya, perusahaan dikaitkan dengan saiz kegiatan yang besar kecuali perusahaan kecil. Disamping itu, usahawan juga ditakrifkan sebagai seorang yang mengusahakan sesuatu perniagaan sehingga lebih bermotif kepada keuntungan disamping mengamalkan amalan- amalan yang strategik. Takrif bagi perkataan usahawan dan keusahawanan sangat luas dan berbeza mengikut individu.
Kamus Dewan Bahasa Edisi keempat mendefinisikan bahawa usahawan ini merupakan seorang individu yang mengusahakan sesuatu perusahaan atau syarikat. Usahawanan juga dikaitkan dengan keusahawanan atau kegiatan dan kemahiran usahawanan seperti perlu mencari kaedah-kaedah baru yang boleh digunakan untuk membantu mempercepatkan pembangunan pengurusan. Di samping itu juga, usahawan ini berbeza dengan peniaga dimana peniaga merupakan individu yang hanya berniaga. Manakala, usahawan ini merupakan individu yang paling dinamik dan seorang yang sanggup berhadapan dengan risiko dalam mengusahakan perusahaan mereka untuk mengejar impian. Usahawan juga menjadi penggerak dan pendorong dalam meningkatkan ekonomi sesebuah negara. Hal ini demikian kerana, usahawanlah yang menjadi tulang belakang dan nadi penggerak ekonomi sesebuah negara.
Menurut tokoh Richard Cantillon, ahli ekonomi Perancis dan Irish dianggap oleh Schumpeter (1934) ialah orang pertama yang mengeluarkan konsep keusahawanan.
Menurut Richard Cantillon, usahawan ialah sebagai ejen yang membeli alat-alat pengeluaran untuk hasilkan barangan yang oleh dipasarkan.
Kamus Websters New World mendefinisikan usahawan ialah seseorang yang mengorganisasi dan menguruskan pengambil alihan dan juga mengandaikan risiko untuk keuntungan.
Kao (1995) percaya bahawa keusahawanan adalah proses penciptaan kekayaan dan usahawan-usahawan tersebut adalah individu yang terlibat dalam proses ini. Selain itu, keusahawanan juga adalah satu proses mencipta sesuatu yang baru (kreatif) dan berbeza (inovatif) bagi tujuan mencipta kekayaan untuk individu dan menambah nilai untuk mastarakat.
Satu proses dan penciptaan perniagaan baru melalui empat dimensi iaitu individu, organisasi, persekitaran dan proses dibantu oleh jaringan kerjasama kerajaan, pendidikan dan institusi-institusi. Semua posisimakro dan mikro pemikiran keusahawan perlu dipertimbangkan sementara mengenal pasti dan mendapatkan peluang-peluang yang boleh ditukar ke idea persaingan untuk pelaksanaan ekonomi sekarang. Usahwan juga merupakan pemangkin kepada perubahan ekonomi yang menggunakan pencarian berfaedah, perancangan berhati-hati dan mencari keadilan apabila menjalankan proses keusahawanan. Dengan penuh komited dan optimistic, usahawan-usahawan bekerja secara kreatif untuk mencari sumber-sumber baru atau membiayai yang lama dengan kapasiti baru, kesemuanya dengan tujuan mencipta kekayaan.
Menurut Coulter (2000) usahawan adalah satu proses di mana individu atau sekumpulan individu menggunakan usaha-usaha dan perantara untuk mencari peluang mencipta nilai dan pertumbuhan melalui memenuhi keperluan dan kehedak. Ianya perlu inovasi dan keunikan tidak kira apa jua sumber kawalan yang ada digunakan. Usahawan juga merupakan seseorang yang mencipta dan mengoperasikan perniagaan secara aktif.
Kesimpulannya, usahawan membawa pelbagai definisi yang luas bagi terma keusahawan. Walaubagaimanapun, dalam konteks mencari pendekatan berbeza untuk mempelajari dan memahami keusahawanan dan usahawan perlulah pencarian spektrum yang luas.

Comments

Post a Comment