TIPS USAHAWAN BERJAYA
Untuk menjadi usahawan yang berjaya pentingnya untuk mengetahui tips yang betul demi keberlansungan perniagaan yang berjaya. Antaranya adalah: Aliran Tunai Yang paling penting untuk usahawan kecil adalah aliran tunai (cashflow). Pengurusan aliran tunai yang baik adalah bertujuan supaya anda mempunyai wang tunai yang cukup di tangan apabila anda memerlukannya. Sediakan aliran tunai dan sentiasa kemaskini sekurang-kurangnya sebulan sekali. Ia membolehkan anda untuk menentukan keperluan tunai perniagaan anda dalam usaha untuk perniagaan terus berkembang maju. Modal – Mulakan Secara Kecil-kecilan. Apabila memasuki pasaran baru atau mengeluarkan produk baru, ia adalah bijak untuk memulakan secara kecil- kecilan dan berkembang perlahan-lahan. Ramai orang membuat kesilapan bermula dengan modal yang besar dan kemudian menyedari mereka perlu membuat pelarasan atau perubahan selepas beberapa percubaan dan kesilapan. Ianya merugikan anda. Fokus Fokus pada satu p